Warganegara Malaysia yang berminat terutamanya yang berada di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dipelawa untuk menyertai Angkatan Sukarela Rejimen Askar Wataniah Malaysia di pasukan 12 SSD (AW). Syarat-syarat permohonan dan insentif serta kemudahan adalah seperti di bawah :
SYARAT-SYARAT MENYERTAI PERKHIDMATAN SUKARELA (ASKAR WATANIAH) 1. Mestilah seorang warganegara Malaysia. 2. Berumur antara 18 hingga 45 tahun. 3. Sihat Tubuh Badan dan tidak cacat anggota. a. Darjah kesihatan yang memuaskan (FE). (a) Tinggi tidak kurang dari 157cm. (b) Berat tidak kurang 47.5kg. (c) Ukuran dada – 76cm (biasa) – 81cm (tarik nafas). (a) Tinggi tidak kurang dari 147cm. (b) Berat tidak kurang 40.5kg. 4. Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut : a. Keutamaan kepada calon yang berkelulusan SPM atau setaraf atau Tamat Tingkatan 5 turut dipertimbangkan. b. Calon yang memiliki sijil PMR atau sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 3 boleh dipertimbangkan. 5. Bawa bersama dokumen seperti berikut : a. Gambar berukuran passport sebanyak 4 keping. b. Salinan Kad Pengenalan Awam sebanyak 3 keping (saiz A4 di dalam satu muka). c. Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak sebanyak 3 salinan. d. Salinan Sijil Berhenti/Tamat Persekolahan sebanyak 3 salinan. 6. Tempoh permulaan perkhidmatan adalah 5 tahun.
Sila hadir bersama dokumen peribadi ke alamat berikut :
12 Skuadron Semboyan Diraja (12 SSD AW) 18, JALAN RAJA DIHILIR, 30350, IPOH, PERAK ATAU HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT SJN GHAZALI BIN JAMALUDIN 0172131745 (Terup IPOH) SJN SHAHARANI BIN AHMAD 0135859234 / 0125459193 (Terup TAIPING) SJN AMRAN BIN AHMAD 0164401673 (Terup PULAU PINANG)
|