Masa Sekarang
Cuaca Sekarang
Nantikan
Pengumuman
Latihan tempatan 12 SSD(AW) akan bermula pada 10 Januari 2011 bersamaan hari Isnin, harap maklum.
Latihan
Syabas dan tahniah kepada semua Pegawai dan anggota sukarela yang bergiat aktif di dalam latihan sepanjang tahun 2010.
Berita Terkini
Bayaran Bounti Tahun 2010 telah dikreditkan ke akaun masing-masing, sila semak akaun dan berhubung dengan pasukan sekiranya terdapat masalah kepada penerimaan bayaran tersebut.
Pautan
Tazkirah
Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori).
Pengikut

Shout

Online Radio/TV


Oleh

BLOGGER

Selamat Datang
31 Oktober 2011
Selamat Datang ke Blog 12 SSD AW. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberi maklumat latihan dan pengurusan Askar Wataniah khasnya kepada Pegawai dan Anggota Sukarela pasukan 12 SSD AW dan semua pihak amnya. Sekiranya anda mempunyai pandangan dan komen berhubung blog ini, sila emelkan kepada pihak pentadbir di 12SSD(AW). Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

oleh 12 SSD-AW @ 9:51 PTG   0 ulasan
12 SSD(AW) Juara Keseluruhan Pertandingan di dalam Latihan Kem Tahunan 2011 bertempat di Taiping Perak
28 Oktober 2011
Tahniah pada semua warga 12 SSD (AW) kerana telah berjaya sekali lagi menjadi juara keseluruhan bagi Latihan Kem Tahunan RSDM dan dengan ini menjadi Juara tiga kali berturut-turut. Semoga akan datang, teruskan semangat untuk mengekalkan lagi kejuaraan ini. Syabas pada semua
oleh Akmarul Nizam b Hj.Zainudin @ 1:02 PG   0 ulasan
Lawatan Perpisahan Pegawai Memerintah RSD Medan (AW)
13 Oktober 2011
Majlis Perpisahan Pegawai Memerintah 
RSD Medan (AW)
Rabu - 28 September 2011
2000 - 2300




































BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DI HUJUNG DAHAN
ATAS PENGAJARAN DAN TUNJUK AJAR YANG DIBERIKAN
PUJI, SYUKUR DAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN



oleh 12 SSD-AW @ 6:11 PG   0 ulasan
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78
28 Februari 2011
Ketua Skuadron dan semua warga skuadron mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78 kepada semua anggota. ' 1 ANGKATAN TETAP GAGAH TETAP SETIA '

oleh Admin @ 10:51 PTG   0 ulasan
Pameran dan Demonstrasi Besar-Besaran Tentera Darat Malaysia
23 Februari 2011

Pameran dan Demonstrasi Besar-Besaran Tentera Darat Malaysia bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78 pada 1 Mac 2011 akan diadakan dari 4 Mac hingga 6 Mac 2011 mulai jam 0900 hingga 2200 setiap hari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema sambutan pada kali ini adalah ' 1 ANGKATAN TETAP GAGAH TETAP SETIA '...


Berikut adalah aturcara-aturcara sempena Hari Terbuka Tentera Darat pada 4 Mac hingga 6 Mac 2011:

4 Mac 2011 (Jumaat)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD.
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam.
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang.
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (Penerjunan bebas)

5 Mac 2011 (Sabtu)

0900 - 2200 : Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900 - 1115 : Raptai Penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600 - 1620 : Persembahan pancaragam
1640 - 1700 : Demonstrasi Anjing Perang
1700 - 1715 : Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100 - 2230 : Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD)

6 Mac 2011 (Ahad)


0855 - 0900 : Pertunjukan oleh Para Warriors Dance
0900 - 1600 : Pameran statik dan promosi kerja TD
0900 - 0950 : Perarakan kontinjen dan aset TD
0950 - 1115 : Demonstrasi kepakaran TD (Payung Terjun, Akrobatik dan Deonstrasi ULK)

Sambutan Hari Terbuka TD dibuka kepada orang ramai dan juga pelancong. Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Dataran Merdeka sempena Hari Terbuka TD.
oleh Admin @ 7:26 PTG   0 ulasan
PENGAMBILAN 2011
22 Februari 2011
Warganegara Malaysia yang berminat terutamanya yang berada di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dipelawa untuk menyertai Angkatan Sukarela Rejimen Askar Wataniah Malaysia di pasukan 12 SSD (AW). Syarat-syarat permohonan dan insentif serta kemudahan adalah seperti di bawah :

SYARAT-SYARAT MENYERTAI PERKHIDMATAN SUKARELA (ASKAR WATANIAH)

SYARAT KELAYAKAN:

1.         Mestilah seorang warganegara Malaysia.

2.         Berumur antara 18 hingga 45 tahun. 

3.         Sihat Tubuh Badan dan tidak cacat anggota.

           a.    Darjah kesihatan yang memuaskan (FE).
           b.    Ukuran Fizikal :

                 (1)  Lelaki :

                      (a)  Tinggi tidak kurang dari 157cm.
                      (b)  Berat tidak kurang 47.5kg.
                      (c)  Ukuran dada – 76cm (biasa) – 81cm (tarik nafas).

                  (2)  Wanita :

                       (a)  Tinggi tidak kurang dari 147cm.
                       (b)  Berat tidak kurang 40.5kg.

4.         Mempunyai kelulusan  akademik seperti berikut :

            a. Keutamaan kepada calon yang berkelulusan  SPM  atau  setaraf atau Tamat  
                 Tingkatan 5 turut dipertimbangkan.

            b. Calon yang memiliki sijil PMR atau sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 3 boleh 
                dipertimbangkan.

5.         Bawa bersama dokumen seperti berikut :

            a.  Gambar berukuran passport sebanyak 4 keping.

            b.  Salinan Kad Pengenalan Awam sebanyak 3 keping (saiz A4 di dalam satu muka).

            c. Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak sebanyak 3 salinan.

           d.  Salinan Sijil Berhenti/Tamat Persekolahan sebanyak 3 salinan.

6.         Tempoh permulaan perkhidmatan adalah 5 tahun.

 
Sila hadir bersama dokumen peribadi ke alamat berikut :

12 Skuadron Semboyan Diraja (12 SSD AW)
18, JALAN RAJA DIHILIR, 30350, IPOH, PERAK
ATAU HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT
SJN GHAZALI BIN JAMALUDIN  0172131745 (Terup IPOH)
SJN SHAHARANI BIN AHMAD 0135859234 / 0125459193 (Terup TAIPING)
SJN AMRAN BIN AHMAD 0164401673 (Terup PULAU PINANG)

oleh 12 SSD-AW @ 9:46 PTG   2 ulasan
1 Malaysia
Maklumat Pentadbir

Name: 12 SSD-AW
Home: Ipoh, Perak, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Informasi Terdahulu
Arkib
Pelawat
free html visitor counters
Trafik
Kelajuan Internet Anda
Test your Internet connection speed at Speedtest.net
© Hakcipta Terpelihara 2009 :: 12 SKUADRON SEMBOYAN DIRAJA ASKAR WATANIAH, 18, JALAN RAJA DIHILIR, 30350, IPOH, PERAK ::